Mustaffa Din (Mus May): Warna Warni Kehidupan Seorang Rocker

Authors

Keywords:

mus may, muzik, veteran, penyanyi, rocker

Abstract

Kajian ini adalah berasaskan kepada temu bual yang dibuat bersama penyanyi veteran muzik rock yang dikenali di Malaysia iaitu Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus May. Temu bual dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengetahui latar belakang peribadi penyanyi Mus May, pengalaman beliau serta cabaran yang dihadapinya dalam dunia seni muzik. Penglibatan beliau dalam industri muzik rock tanah air bermula selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Ipoh, Perak pada sekitar tahun 1984. Beliau dan rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik rock yang bernama Green Agnour. Beliau kemudian diberikan peranan sebagai vokalis kumpulan May bermula 1985. Beliau juga pernah menjadi vokalis beberapa kumpulan lain seperti Strangers dan Wings. Melalui sesi temu bual ini, pelbagai maklumat dapat dikumpulkan berkaitan kehidupan beliau sebagai anak seni, dan pencapaian bagaimana beliau sebagai salah seorang penyanyi yan terkenal pada sekitar tahun 80-90 an sehinggalah ke hari ini. Informasi hasil daripada temu bual ini boleh dijadikan iktibar kepada generasi muda yang ingin mengasah bakat di dalam industri muzik pada masa kini.

Downloads

Published

2024-10-22