Mengejar Impian Anak Seni : Tahir Ali

Authors

Keywords:

tahir ali, penyanyi, industri kreatif, industri muzik

Abstract

Temubual ini membincangkan berkaitan pengalaman seorang penyanyi veteran Tahir Ali atau lebih dikenali sebagai Jatt Black Dog Bone. Tujuan temubual ini diadakan adalah untuk mengetahui tentang perjalanan kerjaya beliau sepanjang berada di dalam industri muzik tanah air. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sepanjang melibatkan dirinya dalam industri seni hiburan ini, beliau tetap kuat dan cekal dalam mengharungi semua cabaran itu. Tambahan itu selaras dengan objektif kajian, temubual ini diadakan untuk mengkaji latar belakang kehidupan dan sejarah pendidikan tokoh. Di samping itu, dalam menyentuh sedikit mengenai latar belakang tokoh yang telah banyak memberikan perkhidmatan dalam memartabatkan lagi industri seni hiburan di negara ini, temu bual ini dijalankan bagi mengupaskan mengenai sumbangan atau pencapaian yang diterima oleh tokoh sepanjang beliau bergiat aktif dalam Industri Muzik Malaysia. Diharapkan sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.

Downloads

Published

2024-10-22