Zulkifli Ismail: Menelusuri Perjalanan Kehidupan Seorang Anak Seni

Authors

Keywords:

Zulkifli Ismail, veteran, artis, industri seni

Abstract

Temubual ini dilakukan bersama pelakon veteran yang dikenali di Malaysia iaitu Zulkifli Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Ismail dan sesi temubual ini dilakukan adalah untuk mengetahui beliau dalam industri seni di Malaysia. Temubual ini dilakukan secara atas talian iaitu melalui Google Meet yang dilakukan pada 13 hari bulan Februari bermula pada jam 4:30 pagi sehingga 7:10 malam. Zulkifli Ismail mula terlibat dalam industri seni selepas Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama Basikalku pada sekitar tahun 1986, pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa. Bakat lakonan beliau mula dikesan oleh Allahyarham Nasir Ali ketika sedang menyaksikan teater di Dewan Bagunan Kuala Lumpur (DBKL). Sebelum ini beliau merupakan seorang penulis, Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia enam belas (16) tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur.

Downloads

Published

2024-10-22