Kraf Tenunan Sutera Pahang: Pengalaman Adiguru Natipah @ Nortipah Binti Abdul Kadir.

Authors

Keywords:

Tenunan Sutera Pahang, Puan Nortipah, Mengkasar, Pahang, Seni Tenunan

Abstract

Hasil seni Tenunan Sutera Pahang adalah hasil seni tenunan sutera yang dibawakan daripada istana di Mengkasar ke Tanah Melayu oleh Tuan Haji Keraing yang merupakan seorang pembesar Bugis. Hasil seni tenunan sutera ini diminati oleh golongan Diraja Pahang dan pembesar Pahang sehingga sekarang. Kajian ini merupakan kajian tentang sejarah bagaimana seni Tenunan Sutera Pahang bertapak Di Tanah Melayu dan dikembangkan oleh pewarisnya Puan Natipah@ Nortipah Binti Abdul Kadir. Kajian ini memaparkan informasi berkaitan latar belakang, pengalaman serta hasil seni tenunanĀ  dari segi corak, jenis sutera, corak kegemaran pelanggan Puan Natipah yang unik, ilham daripada diri nya sendiri melalui idea pembeli. Tujuan kajian ini dibuat adalah sebagai penghargaan kepada tokoh atas usaha beliau mengekalkan serta mengkomersialkan warisan seni budaya Pahang, di samping menjadikan hasil kajian sebagai satu wadah bacaan umum berkaitan warisan seni Pahang yang sekaligus memeriahkan ilmu dan pengetahuan khalayak ramai kepada perihal seni kebangsaan di sesuatu negeri di Malaysia.

Downloads

Published

2024-05-05