Tenunan Songket Warisan Negara: Sumbangan Dan Pengalaman Tokoh Songket Terengganu.

Authors

Keywords:

Wan Manang Bin Wan Awang, Songket Motif, Cabaran, Warisan, Fesyen Moden

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka hasil tenunan songket sebagai salah satu warisan dan simbol tarikan di Malaysia. Kajian ini dilihat dari aspek peralatan, budaya, motif, penggunaannya dan tarikan tenunan songket di Malaysia. Pendekatan kuatitatif telah digunakan di dalam kajian ini di mana teknik pengumpulan data dilakukan secara temubual bersama tokoh songket negara dari negeri Terengganu, adiguru Wan Manang Bin Wan Awang bagi mendapat keterangan yang lebih terperinci perihal songket sebagai simbol warisan negara. Kajian ini mendedahkan keistimewaan songket Terengganu serta proses penghasilannya di kalangan pengusaha songket warisan Terengganu. Faktor perubahan di dalam industri tenunan songket di era globalisasi ini meliputi kaedah pembuatan moden, motif dan keaslian fabrik songket, permintaan, dan trend pemakaian pada fesyen moden mengikut cita rasa pengguna. Kajian ini juga mendapati cabaran berkaitan pengekalan songket tradisional memerlukan semua pihak untuk memainkan peranan agar industri songket dapat dimartabatkan sebagai warisan dan budaya negara Malaysia.

Downloads

Published

2024-05-05