Keistimewaan seni sulaman kelingkam oleh Nik Rahimah Nik Idris.

Authors

Keywords:

Sulaman Kelingkam, Peranan, Sumbangan, Jahitan, Kelantan

Abstract

Puan Nik Rahimah Nik Idris dikenali sebagai ciksu yang merupakan anak kelahiran Kelantan. Beliau pernah berkhidmat sebagai tukang jahit untuk Raja Perempuan Kelantan sejak tahun 1960- an. Secara tidak langsung, sulaman kelingkam telah mendapat tempat istimewa di Istana Kelantan. Beliau berbakat dalam pelbagai sulaman seperti tekatan paku-paku, sulaman ayak, jahitan manik, jahitan pakaian, smoking (jahitan bunga), kaitan (jarum satu dan jarum dua), peralatan singgah sana Diraja Kelantan namun beliau sangat terkenal dengan sulaman kelingkam. Pada tahun 2013, beliau telah diberi penghormatan dan pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau sangat menitik beratkan seni warisan ini kerana ianya merupakan warisan seni diraja yang diwarisi daripada turun temurun. Temubual dan penulisan ini bertujuan untuk memperlihatkan peranan dan sumbangan beliau dalam seni warisan sulaman kelingkam khususnya di negeri Kelantan. Hasil kajian didapati dari sesi temubual bersama Puan Nik Rahimah Nik Idris, secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Dapatan kajian dari sesi temubual menunjukkan tokoh seorang yang komitmen dalam kerjayanya, beliau memberikan sumbangan besar dalam memartabatkan dan memelihara seni sulaman kelingkam. Beliau turut memainkan peranan sebagai penyulam diraja, tenaga pengajar, dan juga pernah mewakili Negara dalam mempromosikan seni sulaman di dalam dan luar Negara.

Downloads

Published

2024-05-05