Seni Tradisional Batik Sebagai Tunjang Warisan Negeri Kelantan

Authors

Keywords:

Batik, Seni, Warisan, Kraftangan, Tradisional

Abstract

Batik merupakan lambang seni warisan kreatif yang mempunyai sejarah tersendiri. Batik juga diiktiraf sebagai warisan negara yang bernilai tinggi serta salah satu kraftangan yang terkenal di peringkat global. Kajian ini berkaitan tentang seni tradisional batik sebagai tunjang warisan negeri Kelantan bagi menyelusuri sejarah perjalanan warisan batik serta menjadikan batik sebagai lambang seni warisan pada masa datang. Pengusaha batik memainkan peranan penting dalam memastikan seni batik negara dapat dimartabatkan dan mencapai zaman kegemilangan. Kajian ini menunjukkan bahawa Syarikat Nordin Batik Sdn Bhd mampu mengorak langkah lebih jauh apabila berjaya melakar kejayaan demi kejayaan dan semakin dikenali ramai. Hal ini secara tidak langsung mampu memartabatkan nilai estetika “Batik” sebagai seni warisan lama serta menyampaikan maksud dan nilai budaya melayu yang semakin ketara keterbukaaan seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini. Pada zaman dahulu, batik dianggap sebagai seni tradisional tetapi setelah pelbagai inisiatif oleh pelbagai pihak dilakukan melalui revolusi kontemporari kini batik mampu dijadikan sebagai elemen utama dalam reka bentuk dan reka hias pakaian fesyen terkini. Kini “Batik” mampu bertapak sejajar dengan kemajuan dan perkembangan teknologi dalam memperkenalkan dan mempromosi batik semakin hebat.

Downloads

Published

2024-05-05