APC

Caj Pemprosesan Artikel (APC)

Caj Pemprosesan Artikel (APC) dikenakan kepada pengarang artikel ilmiah semasa proses penerbitan. APC digunakan oleh jurnal akses terbuka sebagai penggantian yuran langganan yang biasanya dibayar oleh perpustakaan dan pembaca untuk mendapatkan akses kepada artikel penyelidikan. Pengarang membayar Caj Pemprosesan Artikel (APC) sekali sebanyak RM300 (USD 100) untuk menampung kos pentadbiran semakan peer-review dan pengurusan serta pengeluaran artikel secara profesional.